Pengawal selia perubatan Australia beri kelulusan sementara bagi vaksin Pfizer digunakan untuk kanak-kanak berusia antara lima sehingga 11 tahun.

Penilaian menyeluruh dan teliti oleh badan itu mendapati vaksin Pfizer selamat dan berkesan bagi kepentingan kanak-kanak di negara itu.

Pelancaran vaksin untuk kanak-kanak itu dijangka 10 Januari tahun depan.

Australia kini antara salah sebuah negara dengan jumlah penduduk sudah divaksin tertinggi di dunia.

Data kesihatan menunjukkan hampir 88 peratus warga Australia berusia 16 tahun dan ke atas telah  menerima dua dos vaksin.

Kadar vaksinasi tinggi itu telah membantu memperlahankan penularan virus dan merangsang pemulihan ekonomi yang pantas.

Keberkesanan vaksin terhadap varian baharu Omicron, yang sedang menular di Australia, bagaimanapun belum diketahui.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini