Australia akan memulakan pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun bermula 10-Januari ini. Perdana Menteri, Scott Morrison berkata, untuk fasa permulaan, hanya vaksin Pfizer akan diberikan.

Menurut data klinikal yang dikeluarkan dari Kanada, panel penasihat vaksin negara mengesyorkan pemberian dos kedua selepas lapan minggu menerima suntikan dos pertama. Namun sekiranya terdapat penularan wabak, tempoh tersebut akan dipendekkan kepada tiga minggu.

Sehingga kini, Australia merekodkan penduduk paling ramai mendapat vaksinasi iaitu menghampiri 90 peratus populasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini