Australia menaikkan gaji minimum sebanyak lebih lima peratus pada Rabu iaitu kadar yang lebih perlahan berbanding peningkatan inflasi, ketika harga bagi barangan asas naik melambung tinggi.

Suruhanjaya Kerja Adil menetapkan kadar minimum baru pada AU$21.38 setiap jam, naik 5.2 peratus berbanding sebelum ini.

Menurut Gabenor Bank Pusat Philip Lowe, kadar inflasi diunjur mencecah tujuh peratus menjelang akhir tahun ini.

Kos makanan, bahan api dan barangan lain melonjak berikutan konflik Rusia-Ukraine, masalah rantaian bekalan akibat perintah berkurung COVID-19 di China dan banjir di pantai timur Australia.

Pada masa sama, pertumbuhan gaji telah statik selama beberapa tahun di Australia meskipun kadar pengangguran sangat rendah iaitu 3.9 peratus.

Bank Rizab Australia telah berusaha meredakan kenaikan harga yang melambung tinggi dengan menaikkan kos pinjaman wang dan kadar faedah dijangka meningkat pada bulan-bulan akan datang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini