Perdana Menteri Australia Scott Morrison merancang mengatur gelembung perjalanan dengan Jepun dan Korea Selatan.

Ini memandangkan negara itu kini  secara beransur-ansur membuka kembali pintunya kepada kemasukan pengembara asing.

Morison baru-baru ini menyatakan mengenai perjalanan bebas kuarantin antara Australia dan kedua-dua negara Asia itu akan disambung semula selepas lebih 18 bulan dihentikan.

Setakat Isnin, warga Australia yang lengkap divaksin boleh ke Singapura tanpa dikuarantin dengan syarat mereka negatif ujian COVID-19 dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas dan semasa ketibaan.

Mulai  21 Nov, pelaksanaan yang sama juga akan dilakukan di Australia dengan pengembara dari Singapura boleh terbang ke Canberra, Melbourne dan Sydney tanpa perlu menjalani kuarantin.

Pelajar antarabangsa dan pekerja mahir juga akan dibenar kembali ke Australia tanpa perlu kuarantin, kemungkinan sebelum akhir tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini