Tiada lagi sekatan pergerakan di Australia.

Itu janji Perdana Menteri Australia Scott Morrison di tengah-tengah perkembangan terkini mengenai varian baharu COVID-19.

Menurut laporan media tempatan, Morrison berkata kerajaan persekutuan, negeri dan wilayah sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati tetapi menolak kemungkinan akan mengenakan sekatan semula.

Tambah beliau, sempadan domestik juga  akan terus dibuka menjelang perayaan hari Krismas.

Terdahulu Menteri Kesihatan, Greg Hunt memaklumkan kerajaan mengikuti rapat perkembangan varian Omicron dan berpendapat situasi masih terkawal.

Sehingga hari ini, enam kes daripada varian tersebut telah dikesan di Australia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini