Penduduk Austria yang belum divaksinasi mungkin akan dikenakan perintah berkurung.

Kanselor Alexander Schallenberg bagaimanapun tidak menyatakan tarikh arahan itu akan berkuatkuasa.

Hanya kira-kira 65 peratus daripada penduduk Austria telah mendapat vaksin sepenuhnya, antara yang terendah di Eropah Barat.

Ramai rakyatnya masih ragu-ragu mengenai vaksin, susulan pengaruh parti politik ketiga terbesar di negara itu, iaitu Parti Kebebasan.

Kerajaan Austria beri kebenaran untuk mengenakan sekatan terhadap individu yang belum divaksinasi susulan Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital semakin sesak.

Perintah berkurung akan dikenakan di bandar yang terjejas teruk termasuk Salzburg, dijangka bermula Isnin ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini