Pelaksanaan perintah berkurung ke atas individu yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 telah meningkatkan kadar vaksinasi di negara itu.

Menurut Canselor Alexander Schallenberg, dalam tempoh beberapa hari lepas, kadar kehadiran bagi mendapatkan suntikan vaksin di pusat-pusat pemberian vaksin meningkat dengan mendadak.

Lebih 128,000 orang telah menerima dos pertama dalam tempoh seminggu lalu.

Austria tidak mempunyai cara lain melainkan mengambil pendekatan perintah berkurung disebabkan kira-kira dua juta penduduk masih belum atau enggan menerima suntikan vaksin sepenuhnya. 

Difahamkan, hanya 65 peratus populasi di negara itu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap, sekali gus merekodkan antara negara dengan kadar vaksinasi terendah di Eropah Barat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini