Filem Avengers: Endgame hampir pasti diangkat sebagai filem paling berjaya.Jualan tiket filem terbabit dijangka mengatasi rekod filem Avatar arahan James Cameron yang meraih kutipan 11.4 bilion ringgit pada 2009.Endgame yang ditayangkan di pawagam pada April lalu adalah kemuncak kepada 22 filem Marvel sebelum ini yang berjaya menarik peminatnya sejak tempoh satu dekad lalu.Presiden Marvel Studios, Kevin Feige yakin Endgame akan mencapai kejayaan besar itu.Bagaimanapun, filem terbabit mungkin akan tewas kepada filem seterusnya yang akan diarahkan oleh Cameron iaitu empat sekuel Avatar dijangka ditayangkan bermula Disember 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini