Sebuah syarikat memasang komponen basikal diguna penjenayah siber untuk meraih keuntungan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, Datuk Tan You Soon berkata, kegiatan itu disedari pekerjanya minggu lalu, apabila terdapat iklan jualan murah basikal milik syarikatnya di laman Facebook.

Modus operandi yang dijalankan, meminta pelanggan yang membuat bayaran sebelum membuat tuntutan di kilang milik mereka.

Kegiatan tersebut telah dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Satu laporan polis turut dibuat.

Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia, Datuk Seri Chen Soo Chye menasihati orang awam supaya berhati-hati sebelum membuat pembelian barangan yang diiklankan di media sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini