Penyanyi, Datuk Awie mengalami gangguan misteri sehingga terkena penyakit busung.Difahamkan, dia terpaksa berulang-alik ke Indonesia untuk menjalani rawatan alternatif selepas doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit.Awie berkata, semasa proses perubatan bersama seorang Kiai di Indonesia, tiga ekor lintah keluar melalui pusat dan selepas itu sakitnya semakin berkurangan sehingga ke hari ini.Tambahnya lagi, dia sering diuji dengan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit setiap kali mahu mengadakan konsert berskala besar.Bagaimanapun, katanya, dia berdoa semoga keadaan kesihatannya juga baik untuk menjayakan konsert Romantika pada 15 Februari tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini