Axiata Group Berhad dan Digi.com Berhad melanjutkan tarikh muktamad perjanjian pembelian saham bagi cadangan penggabungan entiti Celcom Axiata Berhad dan Digi.

Tarikh baharu itu adalah 31 Disember 2022 atau tarikh lain yang dipersetujui bersama secara bertulis antara kedua-dua pihak.

Tarikh asal, ialah 21 Jun.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, kedua-dua syarikat menjelaskan, selain tarikh akhir tersebut, semua terma dan syarat perjanjian yang lain kekal tidak berubah.

Di bawah perjanjian yang dimeterai antara Axiata dan Digi bertarikh 21 Jun 2021, syarat penggabungan akan dipenuhi dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ia ditandatangani.

Melainkan terdapat tarikh lain yang dipersetujui bersama secara bertulis antara kedua-dua pihak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini