Axiata Group Berhad (AXIATA) menyediakan dana 115 juta ringgit menerusi Yayasan Axiata, untuk melahirkan generasi muda peneraju masa depan pembangunan negara, di bawah Program Bakat Muda Axiata.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata, Mohamad Kamal Nawawi berkata, dana 10 tahun yang bermula tahun ini, turut menjadi tanggungjawab sosial korporat utama Axiata.

Program Bakat Muda Axiata yang dilancarkan pada tahun 2011, telah memanfaatkan lebih 40,000 pemimpin muda, menerusi dana RM100 juta.

Mohamad Kamal ditemui media, pada majlis pelancaran “Back To School Yayasan Axiata” di ibu negara.

700 pelajar daripada 48 Maktab Rendah Sains Mara dari 12 negeri, menerima bantuan pakaian seragam sekolah dan keperluan lain, bernilai RM250 setiap seorang.

Mereka juga menerima wang tunai RM100 setiap seorang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini