Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Baru-baru ini, rakaman seorang bapa yang setia menunggu anaknya di luar pejabat setiap hari tular di aplikasi TikTok.

Ayah kepada Wahida itu kalau boleh tidak mahu terlepas langsung untuk makan tengah hari bersama. Dalam klip video yang meraih lebih 1.4 juta tontonan tersebut, reaksi comel terkejut warga emas berkenaan sempat dirakam ketika disergah anaknya.

Paling menyentuh hati, meskipun wahida sudah berumahtangga dan mempunyai 3 anak, ayahnya tetap sanggup datang menemani anaknya makan depan mata. Walaupun dalam keadaan cuaca tidak baik, ayahnya tetap datang menunggu wahida di luar pejabat. Wahida cukup bertuah kerana rakan-rakannya juga memahami ‘rutin’ harian bapanya itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini