Datuk Razarudin Husain secara rasmi menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang baharu kepada Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, semalam.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menerusi kenyataannya, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yakin Datuk Ayob Khan mampu memikul amanah yang diberikan dengan cemerlang berbekalkan pengalaman luas dalam bidang kepolisan.

Sekaligus dapat memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi cabaran mendatang.

Datuk Ayob Khan akan menggalas jawatan tersebut di JSJN Bukit Aman, berkuat kuasa 25 Januari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini