Skim Pencen untuk atlet, pemindaan perlembagaan, penganjuran kejohanan pelbagai sukan dan pejabat baharu antara agenda Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang tergendala untuk dilaksanakan disebabkan pandemik COVID-19.

Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi meluahkan hasrat untuk kembali bertanding bagi meneruskan agenda berkenaan.

 Datuk Seri Azim menasihati 34 anggota gabungan MOM membuat pilihan individu yang boleh mendidikasi melaksanakan inisiatif berkenaan.

Penggal ini, Datuk Seri Abdul Azim akan bertanding untuk jawatan setiausaha agung.

Turut bertanding jawatan berkenaan adalah penyandang jawatan, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, Presiden Persekutuan Snooker dan Billiards Malaysia, Melvin Chia dan Setiausaha Persatuan Pelayaran Malaysia, Megat Fairuz Khairuddin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini