Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghulurkan sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan.

Ia bagi meringankan beban beliau selepas kediamannya di Hulu Langat, Selangor, dilanda banjir baru-baru ini.

Menerusi hantaran Facebook semalam, FAM memaklumkan sumbangan tersebut merupakan inisiatif daripada Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Bantuan tersebut disampaikan Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Exco FAM ACP (Bersara) Md Dali Wahid.

Azman sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Beliau juga pernah mengendalikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2014 hingga 2015.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini