Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, semalam. Peguamnya, N. Surendran dalam satu kenyataan memaklumkan, polis merakam kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin bagi membantu siasatan penyebaran video berkenaan. Beliau menggesa agar siasatan ke atas penyebaran video seks palsu itu dilakukan segera, susulan laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. Katanya, video tersebut adalah terang-terangan serangan fitnah dan bermotifkan politik. Tegas Surendran, pelaku jelas mempunyai akses kepada data peribadi ahli parti dan berniat jahat. Pihaknya percaya, pihak polis akan mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap dalangnya mengikut undang-undang negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini