Datuk Seri Mohamed Azmin berharap teguran dan pesanan perdana menteri mengenai isu penularan video membabitkan dirinya diambil secara serius oleh semua pihak. Beliau turut menegaskan, penyebaran video berkenaan tidak sama sekali menggugat tanggungjawabnya kepada rakyat. Mengulas lanjut, Datuk Seri Azmin berharap perbuatan berniat jahat terhadapnya itu dihentikan. Beliau memberi penjelasan itu selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. Datuk Seri Azmin turut mengesahkan, beliau belum dipanggil polis untuk memberi keterangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini