Sebagai salah satu mekanisme mengawal industri berasaskan sawit, kerajaan berhasrat untuk memasarkan produk biodesel B20 di stesen minyak seluruh negara, menjelang 2020. Namun menurut Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim sebelum ia dilaksanakan kementerian akan berunding dengan semua pihak berkepentingan termasuk syarikat-syarikat petroleum dan pengeluar kereta bagi memastikan pelan tersebut dilaksanakan dengan lancar. Katanya jawatankuasa bersama membabitkan Kementerian Industri Utama, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Jabatan Perdana Menteri sudah ditubuhkan bagi memantau perkara tersebut. Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Pelaksanaan Biodesel B-7 dalam Sektor Industri di Georgetown semalam

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini