Baby Shima yang kini menempah nama di negara seberang, Indonesia tampil dengan lagu duet baharu bersama kumpulan tanah air; Floor 88 berjudul Tak Jadi Raya. Ini adalah gandingan kedua mereka selepas Roadblock Hatiku. Walaupun mengakui sudah bergerak selesa di Indonesia, namun dia memberitahu tidak pernah membelakangkan negara kelahirannya. Jelas Baby Shima, dia dengan hati terbuka akan menerima setiap tawaran nyanyian di Malaysia. Berkongsi perkembangan lain, Baby Shima mengaku menerima beberapa tawaran berlakon sinetron namun terpaksa menolak secara baik kerana belum bersedia menceburi bidang tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini