Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bersama kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta warga RTM mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bertempat di Masjid Muhammadi, Angkasapuri.

Majlis berkenaan memohon kesembuhan dan kesejahteraan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN).

Majlis dipimpin oleh Ustad Mohd Fadhil Desa dimulai dengan Solat Maghrib, disusuli dengan Solat Hajat.

Seterusnya bacaan Yassin diadakan dan diakhiri dengan Solat Isyak. 

Antara yang hadir Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah RTM Datuk Che Roslan Che Daud, ketua-ketua jabatan serta warga RTM dan KKMM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini