Orang ramai diminta agar tidak terpedaya dengan tawaran upah haji atau badal haji tanpa merujuk terlebih dahulu Lembaga Tabung Haji (TH). Ini perlu sebelum mereka menerima sebarang tawaran dari mana-mana pihak yang menawarkan pakej yang tidak munasabah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, konsep badal haji itu sepatutnya dilakukan secara sukarela bagi menggantikan seseorang yang tidak dapat menunaikan haji kerana faktor kesihatan atau kematian.

Tambah beliau, caj dikenakan juga dianggap tidak munasabah kerana kos sebenar perjalanan dan penginapan melebihi dari RM1,500. Ia menambahkan lagi kecurigaan tawaran itu sedangkan kos sebenar jauh lebih mahal berbanding caj yang ditawarkan.

Beliau menjelaskan demikian kepada media selepas program Bicara Naratif di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini