Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk di beberapa kawasan di Pahang yang dilanda banjir, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menghantar bantuan barangan keperluan dan makanan bagi meringankan beban mereka.

Tiga lori digunakan untuk membawa bekalan barangan untuk diedarkan kepada penduduk terjejas bermula Khamis lalu hingga hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bantuan meliputi tilam, bantal, makanan kering, beras, peralatan keperluan diri dan keperluan kanak-kanak.
 
Kesemua barangan tersebut disumbangkan oleh bahagian UMNO di Kedah untuk diserahkan kepada penduduk terjejas khususnya di Maran dan Bentong.
 
Pihaknya turut melakukan gotong royong membersihkan beberapa kawasan yang dipenuhi lumpur dan melakukan pembaikan sistem pendawaian elektrik yang rosak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini