Ketua Pasukan Kedah Darul Aman, KDA FC, Baddrol Bakhtiar hampir pasti akan meninggalkan pasukan itu musim hadapan.
 
Khabar angin itu semakin bertiup kencang apabila bekas pengendali yang menjadi antara individu penting mengasah bakat Baddrol iaitu Mohd Azraai Khor Abdullah berkongsi hantaran di laman facebooknya, petang tadi. Difahamkan, SABAH FC yang kini dibimbing bekas pengendali skuad
kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee antara pasukan yang bakal menjadi destinasi baharu pemain tersebut.

Berdasarkan perkongsian di facebooknya, Azraai turut mengucapkan selamat tinggal kepada pemain lagenda yang pernah membawa banyak kejuaraan termasuk “double treble” sepanjang bersama Hijau Kuning.

Azraai yang turut memuat naik beberapa keping gambar Baddrol. Jelas Azraai, ketiadaan pemain berusia 33 tahun itu pastinya akan
dirindui.

Untuk rekod, Baddrol beraksi bersama pasukan Kedah sejak tahun 2006. Beliau juga pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan Sea sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.         

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini