Badminton Terbuka India.

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berjaya mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasangan Rusia, Konstantin Abramov dan Anastasiia Akchurina.

Kian Meng dan Pei Jing yang juga pilihan utama kejohanan menang dengan keputusan 21-10 21-14 dalam tempoh 31 minit.

Pasangan ranking ke-10 dunia itu bermula baik dengan menampilkan aksi bertenaga untuk menang 21-10 pada set pertama.

Kian Meng dan Pei Jing terus konsisten pada set kedua dengan jarang melakukan kesilapan mudah untuk menutup permainan dengan kemenangan 21-14.

Sementara itu, nasib berbeza dialami satu lagi pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Valerie Siow.

Pilihan kelima kejohanan itu gagal mara ke peringkat separuh akhir selepas tumbang kepada pilihan kedua, Rodion Alimov dan Alina Davletova dari Rusia.

Peng Soon dan Valerie Siow tewas straight set 14-21, 13-21 dalam tempoh 29 minit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini