Beralih ke sukan badminton.

Pemain beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin kini sah menjadi gandingan Goh Liu Ying dalam aksi beregu campuran.

Ia sekali gus menjawab segala teka-teki mengenai pasangan baharu Liu Ying selepas berpisah dengan Chan Peng Soon, 6 Disember lalu.

Liu Ying membuat pengumuman berkenaan dalam sebuah video dimuat naik di laman Facebook bekas pemain beregu lelaki kebangsaan, Tan Boon Heong pada semalam.

Liu Ying sebelum ini berpisah dengan Peng Soon,  selepas 13 tahun bergandingan dengan pencapaian tertinggi merangkul pingat perak di temasya Olimpik Rio 2016.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini