Beregu lelaki dan wanita masing-masing berjaya mempamerkan prestasi cemerlang pada saingan pusingan kedua  kejohanan badminton Indonesia Masters hari ini, dengan mengesahkan slot ke suku akhir. 

Beraksi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, gandingan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, menang dalam straight set menentang gandingan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi, 21-17, 21-12. 

Di suku akhir mereka akan bertemu rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin yang menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikir-Bages Maulana, 21-18 , 22-20.

Turut melangkah ke pusingan suku akhir, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan- M Thinaah, yang juga menang bergaya ke atas pasangan Indonesia, 21-8, 21-14.
 
Juara Terbuka Switzerland 2021 itu akan menentang sama ada pasangan Korea, Baek Ha Na-Lee Yu Rim ataupun Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini