Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2021.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan meneruskan cabaran di separuh akhir petang ini.

Selain Zee Jia, dua beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan turun untuk memburu slot ke perlawanan akhir.

Zii Jia, mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B apabila menang kesemua tiga perlawanan.

Dia dijangka tidak akan berdepan masalah besar apabila berdepan pemain sama dari Thailand, Kunvalut Vitidsarn yang ditewaskannya di peringkat kumpulan.

Beregu lelaki profesional negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pula akan sekali lagi bertemu pilihan kedua dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi manakala beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan menentang wakil Thailand.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini