Kejohanan Badminton Kejuaraan Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol.

Cabaran Malaysia berakhir selepas wakil terakhir Malaysia, pasangan beregu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, tersingkir pada perlawanan separuh akhir.

Pasangan persendirian berkedudukan ke-12 dunia itu, ternyata bukanlah saingan beregu keempat terbaik dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, apabila pasangan dari Jepun itu menewaskan mereka 21-12, 21-9, dalam masa 32 minit.

Walaupun tewas, namun juara Masters Thailand 2020 itu, mampu berbangga kerana berjaya membawa pulang pingat gangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini