abaran Malaysia dalam saingan Masters Indonesia di Jakarta berakhir selepas wakil negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas di separuh akhir beregu wanita, petang tadi.

Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah, Apriyani Rahayu – Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam pertarungan 3 set di Stadium Istora Senayan.

Pada aksi suku akhir tersebut, Pearly dan Thinaah berjaya memberi tentangan hebat kepada lawan dari Indonesia itu sebelum tunduk 23-21, 14-21, 14-21.

Pasangan ranking ke 10 dunia itu tampil dengan aksi meyakinkan apabila mengungguli set pertama dengan keputusan 23-21.

Namun sokongan padu penyokong tuan rumah di Istora Senayan memberi semangat buat Apriyani dan Siti untuk menawan set kedua, 14-21.

Pearly dan Thinaah cuba berikan tentangan di set ketiga, namun ia belum cukup untuk menghalang Apriyani dan Siti melangkah ke pusingan akhir dengan keputusan 14-21.

Biarpun gagal ke final, pencapaian Pearly-Thinaah kali ini tetap positif apabila mereka berjaya layak ke kelompok empat terakhir buat kali kedua berturut-turut selepas Terbuka Thailand, bulan lalu.

Juara Terbuka Switzerland 2021 itu bagaimanapun berpeluang menebus kekecewaan ini apabila dijadual beraksi di Terbuka Indonesia yang bermula, Selasa nanti. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini