Beregu campuran profesional Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menumpaskan pasangan tuan rumah Pratik Ranade-Kanika Kanwal untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India 2022.

Turun selaku pilihan utama, Kian Meng-Pei Jing berjaya menundukkan lawan mereka itu dengan 21-10, 21-11.

Pasangan nombor 10 dunia itu dijadual berdepan pasangan India, Siddharth Jakar-Megha Morchana Bora di pusingan kedua.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mara ke pusingan kedua hasil kejayaan ke atas pasangan tuan rumah, Ravikrishna PS-Sankar Udayakumar 21-19, 21-14.

Bagaimanapun, pemain perseorangan profesional, Cheam June Wei gagal mengikut jejak langkah rakan senegara ke pusingan kedua.

Pemain ranking ke-70 dunia itu terpaksa pulang lebih awal apabila tumpas di pusingan pertama kepada wakil Rusia, Sergey Sirant, 20-22, 18-21.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini