Aksi Badminton Terbuka India.

Hasrat beregu campuran negara yang baharu digandingkan, Chan Peng Soon-Valeree Siow untuk melangkah ke saingan separuh akhir tidak kesampaian.

Ia susulan kekalahan mereka pada aksi suku akhir ketika menentang pilihan kedua kejohanan, Rodion Alimov dan Alina Davletova dari Rusia.

Dalam saingan tersebut, Peng Soon-Valeree tewas dengan keputusan 21-14, 21-13.

Biarpun tewas namun pujian wajar diberikan kepada pasangan tersebut kerana mampu bertahan sehingga ke saingan suku akhir kejohanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini