Badminton Terbuka India.

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tidak berdepan masalah apabila menumpaskan wakil tuan rumah Siddharth Jakhar-Megha Bora untuk mara ke suku akhir.

Beregu pilihan utama kejohanan itu hanya memerlukan masa 23 minit untuk menyingkirkan wakil india itu dengan straight set 21-6, 21-11.

Kian Meng-Pei Jing berjaya mengekalkan momentum selepas turut menyingkirkan wakil india di pusingan pertama sebelum ini.

Menanti Kian Meng-Pei Jing esok wakil dari Rusia, Konstantin ABRAMOV-Anastasiia AKCHURINA yang menang tanpa bertanding selepas wakil tuan rumah Dhruv KAPILA-REDDY N. Sikki menarik diri akibat Covid-19. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini