Saingan hari kedua Kejohanan Terbuka Indonesia 2021.
 
Cabaran Malaysia dalam kategori beregu bermula langkah kanan dengan kemenangan pasangan beregu wanita negara, Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen yang berjaya menumpaskan pasangan dari Denmark, Alexandre Boje-Mette Poulsen, 21-12, 19-21, 26-24.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, mereka dengan mudah menjinakkan mengatasi pasangan ranking ke-15 dunia dengan mata 21-12 pada set pertama.
 
Kesilapan mudah kemudiannya telah mengheret perlawanan ke set penentuan selepas tewas 19-21.
 
Bangkit semula pada set ketiga, Meng Yean-Yap mengejar mata demi mata dan akhirnya berjaya melengkapkan kemenangan, 26- 24, dalam tempoh 1 jam 19 minit. 

Mereka dijadual bertemu samada gandingan dari India, Ashwini Ponnappa- Sikki Reddy ataupun pasangan pilihan kelima kejohanan Gabriela Stoeva-Stefani Steve dari Bulgaria selepas ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini