Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar kejutan apabila mencatat kemenangan mudah ke atas pemain nombor tiga dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin, 21-13,  21-15, sekaligus mara ke separuh akhir.
 
Turut mengikut jejak langkah mereka ialah pasangan Ong Yew Sin- Teo Ee Yi.

Turun selaku pilihan kelima kejohanan, Aaron-Wooi Yik tidak perlu bermandi peluh untuk menumpaskan pesaingnya yang merupakan pilihan ketiga apabila menang mudah 21-13 pada set pertama.
 
Bangkit pada set kedua, lawan dari Taiwan itu cuba memberi saingan yang sengit, namun Aaron-Wooi Yik berjaya mengekalkan rentak cemerlang untuk menang 21-15 dalam tempoh 31 minit.
 
Pasangan nombor 7 dunia itu dijadual bertemu beregu dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada saingan separuh akhir, esok.

Menyusuli jejak mereka, satu lagi pasangan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut berentap ke saingan separuh akhir selepas menewaskan rakan
senegara Nur Izzuddin-Goh Sze Fei, 21-13, 18-21, 21-18.
 
Ini merupakan peringkat separuh akhir pertama mereka sejak Terbuka Perancis, bulan lalu
 
Bagi saingan seterusnya mereka akan bertemu pasangan nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon, esok. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini