Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin- Teo Ee Yi berjaya menempah slot di pusingan suku akhir selepas menundukkan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 21-14, 21-17.

Yew Sin-Ee Yi hanya memerlukan 29 minit bagi menewaskan pasangan nombor satu negara, Aaron-Wooi Yik, dengan straight set. Ia kurang menggembirakan mereka kerana mungkin bakal menganggu slot gandingan Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF minggu depan.

Mereka akan bertemu pasangan beregu lelaki nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini