Hari kedua Kejohanan Indonesia Masters di Bali. Pemain beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan beregu dari England, Ben Lane-Sean Vendy 21-11, 15-21, 21-8 di pusingan pertama.

Walaupun kelihatan agak kehilangan rentak pada set kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berjaya bangkit di set ketiga dan melengkapkan kemenangan dalam tempoh 47 minit.

Mereka dijadualkan bertemu pasangan muda dari Indonesia,  Panjer Aji Siloka Dadiara-Bryan Sidney Elohim yang menewaskan rakan sengara, Galuh Dwi Putra-Gabriel Christopher Winton Wijaya di pusingan pertama. Semalam,pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Nur Izzuddin- Goh Sze Fei juga berjaya melepasi pusingan pertama kejohanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini