Wakil tunggal pemain badminton perseorangan negara Lee Zie Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia dengan keputusan 2-1.

Kedua-dua pemain ini telah bertemu sebanyak tujuh kali dengan pertemuan terakhir dimenangi Lee Zii Jia pada Terbuka Thailand baru-baru ini.

Shesar menguasai set pertama dari awal permainan dengan corak agresif berjaya menguasai set pertama dengan 21-19.

Namun Zii Jia berjaya bangkit pada set berikutnya juga dengan keputusan 21-19. Pada set penentuan, meskipun dengan sorakan padu penyokong di Axiata Arena, Zii Jia terpaksa akur kepada Shesar apabila tewas 21-16.

Shesar akan bertemu Kento Momota dari Jepun yang menundukkan Ng Ka Long angus dari Hong Kong.