Badminton Terbuka Malaysia 2022. Hari ini merupakan hari ketiga kejohanan berlangsung di Axiata Arena dengan 10 wakil negara beraksi di pusingan kedua.

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi antara yang mencatat kemenangan pada aksi siang tadi. Mereka cemerlang apabila menundukkan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chi-lin. 21-17, 21-18.

Kelebihan beraksi dengan sokongan padu peminat di Arena Axiata, Yew Sin and Ee Yi berjaya menang dengan straight set dalam tempoh 41 minit. Kemenangan ini sekaligus memperbaiki rekod pertemuan buat gandingan ranking 10 terbaik dunia berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini