Pasangan beregu lelaki muda negara Chia Weijie-Low Hang Yee merangkul gelaran pertama bagi musim 2022.

Ia susulan kejayaan diraih pada Terbuka Ukraine 2022 selepas menundukkan pasangan Denmark Emil Lauritzen-Mads Vestergaard dengan keputusan 19-21, 22-20, 23-21.

Dalam saingan akhir tersebut Weijie-Hang Yee bermula agak goyah apabila tewas tipis dalam set pertama namun bangkit dalam dua set berikutnya.

Kemenangan itu pastinya mengubat kekecewaan mereka selepas kecundang kepada gandingan Singapura Danny Bawa Chrisnanta-Andy Kwek pada final Terbuka Sweden minggu lepas.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi hari ini turut mengucapkan tahniah kepada gandingan muda tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini