Bandar Pointe-a-Pitre, Perancis bertukar persis ibarat bandar hantu.

Hampir semua aktiviti seharian di bandar di kepulauan Guadeloupe itu terhenti sejak demontsrasi besar-besaran Jumaat lalu.

Semua kedai ditutup dan tiada lagi kelibat pelancong dikesan.

Turut tidak dibuka, sekolah dan farmasi.

Suasana norma baharu di wilayah Perancis itu turut menjadi masalah apabila premis yang tidak dijaga menjadi sasaran pencuri.

Demonstrasi besar-besaran dilakukan tempoh hari bagi membantah arahan mewajibkan pekerja kesihatan menerima vaksin.

Ia berlangsung beberapa hari ketika perintah berkurung dikuat kuasakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini