Program Bantu Hingga Selesai (BAHIS) menyasarkan kira-kira 500 rumah yang terjejas untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk disinfeksi dengan melibatkan lebih 1,000 sukarelawan

Turut serta dalam program berkenaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam misi bantuan pasca banjir itu.

Tan Sri Annuar yang menginspirasikan sendiri inisiatif tersebut berkata, program itu akan memberi fokus kepada kawasan-kawasan pedalaman di Bukit Changgang, Banting; Taman Seri Muda, Shah Alam dan Sungai Lui, Hulu Langat Selangor.

Program BAHIS dikoordinasikan dengan pendekatan berbeza iaitu menumpukan kepada kerja-kerja kesukarelawanan dan kira-kira setengah juta ringgit diperuntukkan untuk fasa pertama. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini