Pelaksanaan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia telah memulakan kerja-kerja baik pulih dan bina baharu kediaman penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

Tanggungjawab yang dilaksanakan bermula Sabtu lalu secara bersepadu menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu memperuntukkan sebanyak RM100 juta.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, menerusi kementeriannya terdapat 8,257 rumah terjejas banjir dengan 118 bagi pembinaan baru dan 8,139 bagi baik pulih rumah yang terjejas.
 
Jelasnya jumlah itu tidak statik sebaliknya boleh berubah mengikut
perkembangan keadaan semasa berikutan sesetengah kawasan masih dilanda banjir.
 
Pelaksanaan inisiatif itu akan dilakukan menerusi tiga fasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini