Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM13 juta khas bagi memperkasa Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peruntukan itu adalah bagi memastikan sebarang bentuk keganasan dan jenayah terhadap golongan kanak-kanak dan wanita dapat dihentikan.

Kerajaan turut bersetuju mewujudkan 100 perjawatan baharu untuk Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, kerajaan turut menambah program kesedaran komuniti berhubung keganasan wanita dan rumah tangga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini