Kerajaan mengumumkan bantuan pembiayaan mikro kredit bernilai hampir RM1.8 bilion pada tahun depan yang akan disediakan melalui pelbagai agensi.

Ia membabitkan Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN), Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perlunya akses kepada pembiayaan tanpa faedah disediakan terutamanya bagi membantu peniaga kecil.

Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah sifar peratus berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberikan kepada peniaga sektor informal dan mikro.

BSN dan Agrobank juga akan menawarkan pinjaman mikro sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus untuk enam bulan pertama berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini