Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah baucar kepada RM75 bagi penerima bantuan B40 untuk membeli produk takaful hayat dan kemalangan diri menerusi Program Baucar Perlindungan Tenang tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata baucar terbabit juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari tahun depan.

Terdahulu, di bawah Program Baucar Perlindungan Tenang, penerima bantuan B40 layak menerima baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini