Bajet 2022 mesra anak muda terutama dalam menyiapkan golongan itu dengan kemahiran digital bagi mendepani cabaran ekonomi semasa.
 
ADUN Kok Lanas, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata Bajet 2022 juga secara langsung memperlihatkan kerajaan komited terhadap usaha pemulihan ekonomi melalui pengenalan pelbagai pakej bantuan selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.

Justeru, beliau menyeru golongan belia terutama usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS merebut peluang untuk memantapkan kemahiran selari pembudayaan norma baharu bagi menjana sumber pendapatan. Datuk Seri Md Alwi yang juga Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata antara inisiatif yang boleh dimanfaatkan golongan itu Skim Geran Pendigitalan PKS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini