Esok, seluruh Keluarga Malaysia pasti ternanti-nanti apakah berita yang akan mengembirakan menerusi Bajet 2022. Ke arah itu, berapakah pula peruntukan pembangunan dan mengurus negara?

Sudah pasti pelbagai inisiatif bakal dirangka setelah negara memasuki fasa endemik. Bajet 2022 dengan slogan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera akan dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen.

Buat pertama kali dalam sejarah, Kenyataan Pra-Bajet 2022 diterbitkan untuk meningkatkan ketelusan proses merangka inisiatif bajet tahunan. Kertas Konsultasi Awam juga diterbitkan ke atas beberapa topik sebagai sebahagian daripada proses penyediaan Bajet 2022.

Ini bagi memastikan Bajet 2022 telus dan memenuhi keperluan rakyat seiring dengan dasar dan objektif negara. Isu pengangguran, pembiayaan perniagaan, bantuan kepada sektor pelancongan dan peruncitan antara cadangan tertinggi yang dikemukakan rakyat untuk Bajet 2022. Fokus kepada kelestarian dan meningkatkan daya tahan aset alam sekitar juga akan dilakukan sejajar dengan pelepasan sifar bersih.

Bajet 2022 akan dirangka dengan pendekatan menyeluruh sejajar semangat ‘Keluarga Malaysia’, sekali gus memastikan tidak ada sesiapa yang ketinggalan dalam menerima bantuan kerajaan. Perbelanjaan ini juga akan menyokong RMKe-12 dan meneruskan landasan pemulihan. Kita bersama-sama sepakat menjayakan agenda besar pemulihan keluarga kita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini