Dana pelaburan strategik RM2 billion di bawah Bajet 2022 bukti komitmen kerajaan dalam memastikan negara kekal destinasi pelaburan menarik, sekaligus memberi kesan limpahan signifikan kepada ekonomi.

Pengarah Perhubungan Luar, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, IDEAS Dr Zokhri Idris berpandangan, fungsi dana pelaburan strategik tersebut perlu diperhalusi dan dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelan tindakan sistematik.

Jelasnya, penting untuk mengembalikan keyakinan pelabur dan mengenalpasti bidang-bidang strategik pelaburan yang akan meningkatkan ekonomi negara. Menerusi Bajet 2022, RM2 billion dana khas pelaburan strategik disediakan bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini