Bajet 2022 boleh dianggap sebagai ‘Bajet Restorasi’ bagi memulihkan semula sektor pembangunan dan sosio-ekonomi negara yang terkesan teruk akibat penularan wabak Covid-19.

Ia berupaya untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri teruja dengan peruntukan RM3.5 bilion bagi pembangunan infrastruktur, termasuk projek Central Spine Road (CSR) yang bermula di Kuala Pilah sehingga Kuala Krai yang merentasi negeri itu. 

Pada Oktober 2021, kerajaan negeri  melancarkan Bentong Bypass yang menjadi sebahagian daripada CSR dari persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur 1.

Sementara itu, peruntukan RM2.5 bilion untuk pembangunan masyarakat luar bandar dengan pengkhususan sebanyak RM1.3 bilion untuk Felda, RM495 juta kepada Felcra dan RM699 juta kepada Risda akan membantu pertumbuhan ekonomi masyarakat luar bandar dengan lebih pantas.

Peruntukan itu juga dijangka dinikmati negeri ini yang mempunyai tiga wilayah Felda, 22 kawasan Felcra dan hampir 20,000 pekebun kecil yang berdaftar di bawah Risda.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini